Kisah Pak Kaduk dan Salasilah keturunanya.


BELAJARLAH KAMU MENGENAL KETURUNAN KAMU KERANA IANYA DAPAT MENGHUBUNGKAN TALI KASIH SAYANG DIDALAM HUBUNGAN PERSAUDARAAN SESAMA KAMU.

Halaman ini saya buatkan adalah disebabkan
 kebanyakan penduduk Kampong Pulau Tiga ini adalah dari keturunan Pak Kadok yang mana keturunan yang dilarang memakan ikan Tapah.

SALASILAH PAK KADUK

Dibawah ini disertakan satu lagi salasilah iaitu asas keturunan Hajjah Aminah @ Teh Mentela daripada keturunan Pak Kadok yang telah berkahwin dengan HAJI MUHAMMAD PERAK SHAFE'EI @ UDA KASIM yang mana beliau adalah adik kepada TOK PADUKA RAJA.

Oleh kerana Tok Paduka Raja tidak mempunyai keturunan,maka keturunan Tok Paduka Raja telah terputus disitu sahaja.Keturunan Tok Paduka Raja telah diambil daripada keturunan adiknya iaitu Haji Muhammad Perak.

 SALASILAH ASAL KETURUNAN TEH MENTELA 

KISAH PAK KADOK 
AYAM MENANG KAMPONG TERGADAI
ALAH SABONG MENANG SORAK
PAK KADOK PENGASAS SUMPAH IKAN TAPAH

Cerita mengenai Pak Kadok ini diambil daripada catatan Allahyarham Tuan Hj Muhammad Shaharudin bin Ngah Mansor keturunan yang ke 7 dari genarasi Pak Kadok.

Allahyarham Hj Muhammad Shaharudin

Allahyarham Hj Muhammad Shaharudin adalah bekas Ketua Kampong Tok Paduka Raja,Pulau Tiga Perak.Cerita mengenai Pak Kadok ini telah diceritakan oleh beberapa orang tua tua di Lambor kanan pada tahun 1934 dan telah siap disusunkan kembali oleh beliau untuk pengetahuan kita bersama pada 1hb Feb 1978 bersamaan dengan 23hb Safar 1398 kemudian telah dimasukan kedalam Laman Web Kampong Pulau Tiga ini oleh NIK CINCIN selaku anak saudara kepada beliau  iaitu keturunan Pak Kadok yang ke 8.

Tersebut Al kisah Pak Kaduk yang tinggal disebuah desa,di Lambor Kiri,ditepi tebing sungai Perak,bersama isteri dan anak perempuanya.Kerja seharian mereka adalah bercucuk tanam dan Berladang Padi.Disamping itu juga Pak Kaduk ini sangat suka dengan permainan SABUNG AYAM,satu satunya permainan yang paling digemari oleh penduduk desa pada zaman itu dengan cara bertarung.

BERSABUNG AYAM

Pak Kaduk sememangnya ada menaruh seekor Ayam jantan yang handal lagi bertuah yang mana apabila bertarung selalu sahaja menang.Banyak harta benda yang diperolehi oleh pak Kaduk adalah melalui jalan menyabung ayam.

Adapun desa yang didiami oleh Pak Kaduk diperintah oleh seorang Penghulu yang suka dengan permainan sabung ayam ini.Oleh kerana disebabkan ayam Pak Kaduk selalu sahaja menang didalam petarungan,maka timbullah rasa iri hati Penghulu itu terhadap ayam Pak Kaduk ini,lalu bercita citalah penghulu ini untuk menjatuhkan Pak Kaduk ini.Maka dengan ini berbaga cara tipu muslihat untuk menjatuhkan Pak Kaduk,namun tidak berhasil.

Pada suatu malam terdengarlah oleh Pak Kaduk akan satu suara dari atas sebatang pokok dibelakang rumahnya dengan berkata suara itu " Hoi Kaduk...Tukarkanlah ayam kamu itu dengan ayam Penghulu kita ini " .Tiga kali suara itu kedengaran suara itu oleh Pak Kaduk.Selepas dari mendengar suara dari pokok itu,tanpa berlengah lagi Pak Kaduk telah pergi kerumah Penghulu itu lalu menukarkan ayamnya sebagaimana yang diarahkan oleh suara tadi.Adapun suara itu adalah suara orang suruhan Penghulu kampong yang iri hati dengan Pak Kaduk dengan tujuan untuk menakutkan Pak Kaduk.Maka dengan ini berhasilah cita cita Penghulu kampong itu.

Selang beberapa hari selepas itu,datanglah Penghulu kampong itu berjumpa dengan Pak Kaduk,dengan menyatakan untuk beradu nasib ayam barunya dengan ayam Pak Kaduk.Persetujuan telah pun dibuat dengan mempertaruhkan segala harta benda termasuk Anak dan Isteri kepada pihak yang menang.

Pada hari yang telah ditetapkan,maka berhimpunlah penduduk kampong beramai ramai digelanggang sabung ayam dihadapan rumah Penghulu kampong untuk menyaksikan temasya tersebut.Apabila tiba masanya,masing masing melepaskan ayam kedalam gelanggang untuk dilagakan.

GELANGANG SABUNG AYAM

Tidak berapa lama menyabung,maka ayam Penghulu kampong  telah memenangi pertandingan itu dan orang kampong riuh dengan tepuk dan sorak mereka diatas kemenangan ayam Penghulu kampong itu.Pak Kaduk juga tida ketinggalan dengan tempik dan soraknya yang tidak terhingga kerana menyangkakan ayam Penghulu yang menang itu adalah ayamnya.Pada masa itu Pak Kaduk sudah terlupa bahawa dia telah menukarkan ayamnya dengan ayam Penghulu kampong.

Tidak lama selepas itu barulah ia sedar akan kedudukan sebenar.Dengan linangan air mata,sedih,hiba dan pilu yang tidak terkata ia meninggalkan gelanggang sabung ayam dengan menyedari bahawa dirinya telah ditipu oleh Penghulu kampong menuju ke DANGAU diladangnya.Kesemua harta kampong halaman termasuk Anak dan Isteri sudah tergadai kepada Penghulu Desa itu.

Tinggallah Pak Kaduk selama beberapa hari di Dangaunya dengan tidak tentu makan dan minum.Pak Kaduk asik termenung mengenangkan nasibnya yang akan datang.Pada suatu hari sedang Pak Kaduk berbaring di Dangaunya maka datanglah TOMPOK seekor kucing peliharaanya dengan menggesel gesel kan badan nya kepada Pak Kaduk sambil mengiau giau lalu menuju kepintu Dangau beberapa kali seolah olah untuk mengajak tuanya mengikutinya.Gelagat si TOMPOK tidak dipedulikan oleh Pak Kaduk,malahan beberapa kali si TOMPOK telah ditepis oleh Pak Kaduk sambil menengking 

" Pisyyy...apa yang kamu mau lagi,nak makan hah...aku pun dah beberapa hari tak makan...apa barang pun tiada lagi pada aku ".

Si Tompok tidak mempedulikan kata kata dari tuanya itu.
Akhirnya terfikir difikiran Pak Kaduk mungkin si Tompok ini ingin mengajak aku keluar dari Dangau ini lalu Pak Kaduk bangun lalu berkata kepada kucingnya "MOH" lalu Pak Kaduk mengikuti kucingnya dari belakang.Beberapa langkah berjalan si Tompok menoleh kebelakang seolah olah ditakuti tuanya tidak mengekorinya.

Setelah beberapa lama berjalan akhirnya mereka pun sampai ketepi sungai dan alangkah terperanjatnya Pak Kaduk apabila melihat seekor IKAN TAPAH sebesar manusia telah terdampar diatas pasir.

IKAN TAPAH

Keadaan IKAN TAPAH yang terlalu besar dengan perutnya yang buncit Pak Kaduk pun menerkam kearah ikan itu sambil mengosok gosok kebadan ikan itu.Dalam pada itu Pak Kaduk memikirkan bagaimana hendak membelah ikan ini kerana semua hartanya sudah tiada sehinggakan sekecil kecil pisau pun tiada lagi.Selepas berfikir sebentar Pak Kaduk pun bangun dan berlari menuju ke Dangaunya untuk mencari apa apa barang yang boleh digunakan untuk melapah Ikan itu.Dengan takdir Allah terpandanglah olehnya akan sebentuk TUAI PADI yang telah berkarat matanya terselit pada bahagian atap Dangaunya.

TUAI PADI

Tanpa membuang masa lagi Pak Kaduk pun mencapai TUAI PADI itu lalu berlari menuju ketempat ikan itu tadi lalu dilapahnya ikan itu dengan MATA TUAI yang diambilnya dari dangaunya tadi.Setelah dibelahnya perut ikan yang membuncit itu alangkah terperanjatnya Pak Kaduk apabila melihat EMAS URAI didalam perut ikan itu lebih kurang SECUPAK banyaknya.Pak Kaduk bershukur kehadrat Allah Taala yang telah mengurniakanya emas yang sebanyak itu.

Pak Kaduk pun tersangat bersuka cita dan didalam hatinya berkata akan tertebuslah kampong halaman,harta benda dan Anak Isterinya dengan emas kurniaan Allah ini.Ia pun segera keladangnya untuk mencari BATANG BEMBAN lalu di SELIATnya menjadi tali kemudian dibawanya kembali ketempat ikan itu tadi.

POKOK BEMBAN

Dengan menggunakan tali daripada BATANG BEMBAN ini Pak Kaduk telah menjahir kembali perut ikan dan melepaskan ikan Tapah yang besar itu kembali kesungai seraya melafazkan SUMPAHANYA

 " Oleh kerana disebabkan kamu telah menolong aku dengan emas yang sebanyak ini,maka aku BERSUMPAH mulai dari hari ini anak,cucu,cicit,piat,piut aku hempas hempas daun tidak boleh memakan kamu buat selama lamanya ".

Maka ikan itu pun berledak ledak didalam air
 lalu meninggalkan  pantai pasir sehingga hilang dari pandangan Pak Kaduk.
Dengan ini maka pulanglah Pak Kaduk lalu berjumpa dengan Penghulu Desa untuk menebus segala harta benda termasuk Anak dan Isterinya yang telah tergadai dan hiduplah Pak Kaduk bersama Anak dan Isterinya dirumah mereka sendiri.Pak Kaduk telah sedar dan bertaubat dari melakukan kerja kerja maksiatnya iaitu Bersabung Ayam.

Adapun mengenai emas tadi selepas daripada digunakan untuk menebus segala hartanya yang tergadai,selebihnya digunakan untuk sara hidup dan sebahagian lagi digunakan untuk dibuatkan perhiasan.

Pada suatu hari Pak Kaduk telah belayar ke SIAK yang mana Siak adalah tempat asal beliau.Di Siak beliau telah menempah sepasang ANTING ANTING,sebentuk cincin dan tiga keping KANCING EMAS yang berbentuk empat segi,selebar dua inci dengan bepermatakan batu delima daripada emas yang didapatinya dari perut ikan Tapah itu.

KANCING EMAS

Kancing Emas ini digunakan
sebagai penawar kepada anak cucu yang terkena sakit SUMPAH IKAN TAPAH.Emas yang lain itu digunakan untuk perhiasan sahaja.Ada pun mengikut keterangan daripada Hj Sulaiman bin Pandak Logam,penyimpan emas ikan Tapah yang ada masa ini seperti Subang ada disimpan oleh keluarganya di Siak dan sementara cincin ada disimpan oleh keluarganya di Kuala Depang Perak.

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DENGAN SUMPAHAN IKAN TAPAH INI...?

Adapun yang terlibat dengan Sumpahan ikan Tapah ini adalah mereka yang ada pertalian dengan SALASILAH DIATAS,hubungan melalui PERKAHWINAN dan ANAK ANAK ANGKAT.

Sumpahan ikan tapah ini boleh terkena seperti Memakanya,mencium baunya,memengangnya atau memijak air lelehan dari ikan Tapah ianya akan menyebabkan kulit badan GATAL BERAIR SEHINGGA KETULANG dan penyakit ini dinamakan SAKIT TAPAH.Penawar kepada sakit ini ialah dengan AIR KANCING EMAS yang kini telah disimpan oleh anak Hj Sulaiman iaitu Cikgu Tarmizi bin Hj Sulaiman.

Adapun kuasa pemengang Kancing Emas ini pada peringkat mulanya adalah dipegang oleh pihak Lambor Kiri.Oleh kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakan,maka tanggung jawab ini telah diamanahkan kepada pihak Lambor Kanan yang mana sekarang ini telah dipegang oleh Tarmizi bin Hj Sulaiman bin Pandak Logam.Beliau adalah orang yang kesepuluh memengang Kancing Emas ini.Jika mengikut Salasilah yang disusun oleh Hj Muhammad Shaharudin bin Ngah Mansor ini adalah Tarmizi bin Hj Sulaiman adalah keturunan yang kelapan.

Ini bermakna KISAH PAK KADUK ini berlaku dalam lingkungan KURUN KE 17,iaitu dizaman pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Shah Al Marhum Aulia Allah Geronggong Perak.Adapun anak cucu Pak Kaduk yang paling banyak adalah di Lambor Kiri dan Lambor Kanan,selain dari itu berada di KAMPONG PULAU TIGA dan di Bota.Konon ceritanya Pak Kaduk telah berkahwin lagi dinegeri asalnya iaitu di Siak dan disana  pun ada juga anak cucunya.

Wallahualam.